top of page

PENTAULIAHAN PENCAPAIAN TERDAHULU

Apa itu PPT ?

​

        Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki

​

​

​

Siapakah yang boleh mohon ?

​

         Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal)

​

​

Methodology

​

  • Calon tidak perlu menghadiri/menjalani kursus atau peperiksaan

  • Calon hanya perlu menunjukan bukti pengalaman dalam bidang tersebut dengan mengemukakan surat perakuan dari majikan

​

​

 

Apakah faedah yang boleh diperolehi ?

​

       Individu

​

  • Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri

  • Penganugerahan Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian)

  • Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya

​

       Majikan

​

  •  Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat

  •  Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja

  •  Meningkatkan imej syarikat

​

​

Kolej PBP,

53, Wisma PLT, Jalan Hj Abu, 84000 Muar,

Johor.

  • Facebook Clean Grey
  • Twitter Clean Grey
bottom of page