KOLEJ PERDAGANGAN BATU PAHAT

Kolej Perdagangan Batu Pahat atau lebih dikenali Kolej PBP merupakan sebuah institut yang telah beroperasi lebih daripada 17 tahun. Pengurusan kami diketuai oleh Mr. Tan Meng Hwee. Beliau merupakan pengasas dan pengetua serta terlibat lebih daripada 16 tahun dalam industri latihan sistematik.
Institut kami mencapai prestasi yang cermelang dalam mengendalikan kursus-kursus latihan di bawah program Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan program PLT. Kami juga menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Pembangunan Sumber Manusia Bhd bagi menyediakan kursus yang berkualiti praktikal dan berasaskan pengalaman sebenar.
Lepasan pelajar dari Institut kami diterima baik oleh IKS dan usahawan tempatan kerana mereka terbukti lebih baik serta dilengkapi dengan pengetahuan dan praktikal yang releven.